Khaled Hanafy Menteri Bekalan Mesir mengumumkan peletakan jawatannya selepas dilaporkan bertanggungjawab terhadap satu perjanjian gandum yang mengakibatkan kerugian puluhan juta dolar kepada negara itu.
Hanafy mengumumkan perkara tersebut dalam satu siaran di televisyen.
Media tempatan Mesir melaporkan pembekal didapati menjual gamdum import murah sebagai keluaran tempatan bagi mendapatkan subsidi dan mengakibatkan kerajaan menanggung kerugian kira-kira AS$55 juta (rm221.59 juta)