Pesawat solar tamatkan penerbangan bersejarah seluruh dunia

KiniTV 2016-07-27

Views 940

Solar Impulse 2 mencatat sejarah apabila selamat mendarat di Emiriyah Arab Bersatu, UAE, selepas mengelilingi dunia tanpa menggunakan setitik pun minyak bagi menggalakkan tenaga diperbaharui.

Pesawat ini mendarat pada pukul 4.05 waktu tempatan di ibu negara Abu Dhabi selepas terbang 48 jam dari Kaherah, destinasi terakhir dalam penerbangannya yang bermula 9 Mac tahun lalu.

Ia mencatatkan perjalanan 42,000 kilometer merentasi empat benua.

Share This Video


Download

  
Report form