Sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Johor begitu gembira apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan sudi untuk menaja 150 bungkusan KFC untuk mereka dan guru di dalam sebuah program kem motivasi.
Pelajar-pelajar tersebut kemudian terus mengambil gambar bersama Sultan Johor ketika baginda sedang memandu di pantai berhampiran dengan Istana Sri Mersing.