Presiden Filipina yang baru, Rodrigo Duterte menegaskan beliau tidak akan menunjukkan belas kasihan dalam usahanya membanteras penjenayah yang dilindungi aktivis atau padri.
Dalam ucapan ke seluruh negara, katanya ini kerana penjenayah terbabit tidak kasihan kepada orang ramai.
Setakat ini, lebih 200 suspek terbabit dalam kegiatan dadah atau 11 orang sehari ditembak mati oleh polis sejak beliau memulakan tugas pada 30 Jun lalu.