Pesawat SIA terbakar ketika mendarat

KiniTV 2016-06-27

Views 15.3K

Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) penerbangan SQ368 menuju ke Milan yang terpaksa berpatah balik selepas berlepas lebih dua jam akibat masalah kebocoran minyak dilaporkan terbakar ketika melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi, awal pagi tadi.

Memetik laporan Channel New Asia, SIA memaklumkan pesawat Boeing 777-300ER itu mendarat di lapangan terbang sekitar jam 6.50 pagi dan pasukan Perkhidmatan Kecemasan Lapangan Terbang yang telah bersedia terus bergegas ke lokasi pendaratan.

Perkara itu membuatkan penumpang ketakutan namun kru SIA menasihatkan mereka agar bertenang sebelum beberapa minit kemudian pasukan bomba tiba untuk memadamkan api tersebut.

Share This Video


Download

  
Report form