Dua wartawan Australia yang ditahan kerana cuba melanggar garisan polis dan menyoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan didakwa di mahkamah hari ini tetapi akan dihantar pulang.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Senior Asisten Komisioner Dv Kumar, dua lelaki itu diarah meninggalkan negara ini mengikut Seksyen 8(3)(h) Akta Imigresen 1959/63.
Pada Sabtu lalu, dua wartawan Australia, Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser telah ditahan di Kota Sentosa kerana gagal mematuhi arahan polis dan merempuh kawalan keselamatan ketika lawatan Perdana Menteri.