Video: cabut taring harimau, perhilitan buru pelaku

KiniTV 2016-02-17

Views 1.4K

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) masih memburu dua pencuri taring harimau bunting yang mati dirempuh kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Plaza Tol Kerteh, Kemaman pada 6 Februari lalu.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohd. Hasdi Husin berkata, imbuhan ditawarkan kepada pemberi maklumat untuk menangkap dua lelaki berkenaan termasuk seorang yang dipercayai warga asing selain memberi jaminan identiti mereka akan dirahsiakan.

Suspek berdepan hukuman denda RM100,000 hingga RM500,000 dan boleh dihukum lima tahun penjara jika sabit keĀ­salahan di bawah Seksyen 68 (1) (C) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Share This Video


Download

  
Report form