Seperti kebiasaannya apabila tiba musim perayaan syarikat gergasi minyak Malaysia, Petronas akan menerbitkan iklan bagi meraikannya.
Untuk Tahun Baharu Cina yang akan disambut beberapa hari saja lagi, Petronas telah menerbitkan iklan bertajuk 'Rubber Boys' arahan Ismail Kamarul yang mengisahkan tentang kehidupan penoreh yang gigih bekerja demi mengumpul wang untuk membiayai pembelanjaran anaknya.
Pengurus Besar Kanan, Kumpulan Komunikasi Korporat Petronas, Zahariah Abdul Rahman berharap iklan Tahun Baharu Cina mampu menjadi ingatan dan menjentik emosi hati seluruh rakyat Malaysia.
Jelasnya, iklan tersebut bertujuan memberi mesej yang kuat agar sentiasa bersyukur dan mengingatkan semua orang tentang pentingnya menjadi rakyat Malaysia dan menghargai nilai bersama.