Operasi mencari 100 mangsa yang hilang dalam kejadian feri karam di Sulawesi, Indonesia diteruskan hari ini. Tetapi setakat ini pasukan penyelamat kecewa tiada yang ditemui.
Feri itu karam dibadai ribut dua hari lalu, dan tiga orang disahkan terkorban setakat ini termasuk dua kanak-kanak. Seramai 39 mangsa dapat diselamatkan di tengah laut.