Kerjasama antara PAS dan Umno akan gagal sekiranya Datuk Seri Najib Razak masih memegang jawatan sebagai presiden Umno, menurut bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Katanya, krisis kepimpinan kedua-dua parti itu akan menjadi penghalang kepada kerjasama yang sepatutnya menjadi penyelamat terakhir untuk memulihkan semula kepercayaan orang ramai terhadap PAS dan Umno.