'Beri percuma enam bulan, saya dihina kerana tolong Melayu'

KiniTV 2015-12-15

Views 1.6K

Pengecualian sewa selama enam bulan yang diberikan kepada peniaga di Mara Digital Mall 'lowyat 2' di bangunan MARA adalah untuk membantu usahawan Melayu memulakan perniagaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu dibuat bagi mengurangkan bebanan kepada peniaga memandangkan tempat itu baru dan memerlukan masa untuk dikenali dan maju.

Namun tambahnya beliau terasa dihina dan dicerca kerana hendak menolong bangsa Melayu.

Ini adalah ekoran entri di akaun facebook rasminya, ada yang berasa bimbang tawaran tanpa sewa kompleks beli-belah baru tersebut akan menjejaskan peniaga di pusat beli belah yang lain.

Share This Video


Download

  
Report form