Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kesal bahawa ada sesetengah pihak yang cuba sedang menebuk lubang bahtera perjuangan Umno dengan tujuan menenggelamkan segala perjuangannya selama ini.
Najib menegaskan, bahawa tindakan khianat sesetengah pihak bukan setakat melemaskan pihak lawan malah akan menenggelamkan seluruh keturunan dan nilai tamadun yang ada dalam parti Umno.