Hospital sengaja putar-belit fakta sebenar: Naziah

KiniTV 2015-12-08

Views 3

Bekas jururawat, Naziah Sauni Samat menafikan pemecatannya dari Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd berpunca daripada masalah disiplin seperti mana dakwaan pihak hospital.

Menurut laporan Sinar Harian, dia sebaliknya mendakwa pihak hospital cuba memutar belit fakta dan situasi sebenar.

Naziah bertegas bahawa pemecatannya adalah kerana keengganannya memakai uniform berlengan pendek serta berstoking tangan bagi menutup auratnya.

Share This Video


Download

  
Report form