Laporan audit hari ini mendedahkan 26 teguran terhadap empat kementerian, satu badan berkanun persekutuan dan lima kerajaan negeri dalam Laporan Audit Negara 2014.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, di peringkat kementerian terdapat 12 teguran punitif termasuk kementerian kerjaya, kementerian kesihatan dan kementerian pendidikan.