Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan parti itu akan tetap meneruskan kerja seperti biasa dalam pentadbiran negeri Selangor.
Pada konvesyen DAP semalam, seorang perwakilan DAP Selangor mencadangkan agar kebuntuan gabungan ad-hoc antara PKR-DAP-PAS dalam kerajaan Selangor diselesaikan dengan memecat semua wakil PAS yang berjawatan dalam pentadbiran.