Pertembungan antara penduduk palestin dan askar Israel yang tercetus di Tebing barat kini mula merebak ke wilayah genting Gaza.
Ini kerana tindakan askar Israel membunuh tujuh penduduk manakala 80 yang lain disahkan cedera di wilayah berkenaan dalam siri pertempuran di sempadan semalam.
Susulan keganasan terbaharu itu, pergerakan Hamas menggesa intifada atau kebangkitan ketiga dilancarkan bagi membalas penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh askar Israel.