Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluluskan 10 resolusi dalam perhimpunan dan persidangan kemuncak Pribumi Negara yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau akan membawa resolusi tersebut yang turut menyentuhkan tentang kedudukan istimewa orang Melayu, ke Parlimen esok.
Sementara itu, Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Ruhani Ahmad membaca resolusi yang dikenali sebagai Pengisytiharan 25 Rabiul Awal 1430 / 22 Mac 2009 ini, di hadapan kira-kira 200 peserta persidangan yang hadir di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar.