Pemuda PAS: Kes liwat Anwar tidak jejas Pakatan

KiniTV 2015-09-11

Views 37

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula awal bulan depan tidak akan menggugat kerjasama dalam Pakatan Rakyat, walaupun penasihat PKR didapati bersalah, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

"Takdir, katakanlah, mahkamah mensabitkan kesalahan (terhadap Anwar) sekalipun, saya rasa sukar untuk diterima oleh rakyat. Kerana ketelusan institusi kehakiman gagal dipulihkan kerajaan Umno-BN," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Jika di situ (pemulihan institusi) tidak selesai, selama-lamanya orang melihat sama ada Datuk Seri Anwar, atau sesiapapun, hanya mangsa kepada kezaliman Umno dan BN."

Nasrudin yang mendapat gelaran At-Tantawi di kalangan rakan-rakan ketika menuntut dalam bidang syariah di Mesir diminta mengulas cabaran pembangkang mengekalkan kerjasama yang dilihat bergantung kepada karisma Anwar untuk mempertautkan PAS dan DAP yang dilihat tidak serasi dalam banyak perkara.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar kes liwat Anwar terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara 1 hingga 24 Julai ini.

Share This Video


Download

  
Report form