Polis Thailand menahan suspek kedua berhubung pengeboman di Bangkok tidak sampai 24 jam selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap dua individu.
Perdana Menteri Thai, Prayut Chan-O-Cha mengesahkan lelaki itu ditahan di pusat pemeriksaan di wilayah Sa Kaeo, sempadan Thai-Kemboja dan dipercayai terbabit dengan kejadian pengeboman yang meragut 20 nyawa, bulan lalu.