PKR hari ini mempersoalkan kebijaksanaan kerajaan yang berhasrat membeli kapal perang Mistral bernilai RM3 bilion dari Perancis ketika negara menghadapi keadaan ekonomi yang lembap.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pada sidang medianya merujuk kepada laporan akhbar The International bertarikh 26 Ogos lalu di mana Menteri Pertahanan Perancis Jean-Yves Le Drian mengetuai perwakilan bagi menjual kapal perang itu kepada Malaysia.