Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperkecilkan jumlah peserta BERSIH 4 dengan menggambarkan mereka hanyalah segelintir rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati.
Bercakap di Hari Peneroka di Kuala Terengganu hari ini, beliau dipetik oleh The Star Online bahawa pihaknya boleh mengumpulkan ratusan ribu penyokong berbanding BERSIH yang hanya berjaya menarik kira-kira 20,000 peserta.