Di sebalik keputusan kerajaan mengisytiharkan perhimpunan hari ini adalah haram dan pemakaian baju BERSIH 4 juga dilarang, orang ramai tidak mengendahkannya.
Dataran Merdeka bertukar menjadi 'lautan kuning' dengan ribuan peserta berkumpul sekitarnya.
Penganjur BERSIH 4 berkata jumlah kehadiran setakat ini ialah 200,000 orang