Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata semua pihak perlu terbuka membincangkan sejarah negara, dengan melihat pandangan pelbagai pihak, termasuk ahli akademik dan sejarahwan.
Sebagai contoh, katanya, pandangan anggota Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah membawa kemungkinan beliau mempunyai fakta tertentu yang tidak diketahui.