Timbalan presiden PKR disiasat bawah akta hasutan

KiniTV 2015-08-20

Views 0

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung perhimpunan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II pada 9 Januari lalu.

Beliau memberi keterangan dan disiasat di bawah seksyen 41 A Akta Hasutan 1948 di Balai Polis Kepong kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan, Azmin berkata terdapat satu laporan polis yang dibuat oleh OCPD Sentul ACP Zakaria Pagan pada 30 Disember lalu, yang mendakwa Azmin akan menganjurkan satu perhimpunan pada 9 Januari.

Berita Penuh: http://www.malaysiakini.com/news/189190

Jurukamera/Penyunting: Amir Abdullah

Share This Video


Download

  
Report form