Pasukan mencari dan menyelamat nahas pesawat Trigana Air yang terhempas di daerah Okbape, wilayah Pergunungan Bintang, di Papua Ahad lalu, terpaksa berjalan sehingga lima jam untuk membawa keluar mayat mangsa dari tempat kejadian ke bandar Oksibil.
Selain itu, kabus tebal melitupi kawasan nahas juga menyukarkan proses membawa keluar mayat semua 54 orang melalui helikopter.