Pampasan RM10,000 pada mangsa runtuhan jambatan ke-2 PP

KiniTV 2015-08-17

Views 9

Pasukan mencari dan menyelamat dijangka dapat mengeluar mangsa di dalam sebuah kereta yang terperangkap dalam kejadian runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung selewat-lewatnya petang ini.

Pihak polis berkata pasukan itu sedang menunggu jentera pemotong untuk memotong besi penyambung yang runtuh itu bagi membolehkan mangsa dibawa keluar.

Menurut polis setakat ini sekurang-kurangnya seorang mangsa di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa warna hijau terperangkap di dalam runtuhan berkenaan.

Tiga orang disahkan cedera, 2 daripada mereka adalah pekerja dan 1 ialah wanita tempatan.

Ketua menteri pulau pinangLim Guan Eng yang hadir melawat kawasan berkenaan malam tadi,enggan menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya menyatakan kerja-kerja menyelamat perlu didahulukan.

Share This Video


Download

  
Report form