Sebagai agama yang paling besar di dunia, Islam sentiasa berinteraksi dengan pelbagai pemikiran kontemporasi. Fenomena ini tidak terkecuali di Malaysia.
Bermula dengan debat sekularisme di Malaysia yang rancak sekitar 30 tahun lalu, perbincangan dan wacana dunia pemikiran Islam tanah air kini berdepan dengan persoalan-persoalan baru, antaranya apa yang dirujuk sebagai liberalisme, pluralisme agama dan peningkatan populariti mazhab-mazhab minoriti.
Mengikuti wacana di kaca televisyen dan di dada akhbar, secara umumnya perkembangan pemikiran ini di kalangan umat Islam dilihat sebagai suatu ancaman.
Bagaimanapun, bagi bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beliau melihat dengan kanta yang berbeza. Bagi beliau, mahu tidak mahu, umat Islam harus bersedia, sekali gus terjun mengambil bahagian dalam wacana tersebut.
Menurutnya lagi, menutup pintu perbincangan tidak akan sama sekali menyelesaikan masalah. Ikuti wawancara KiniTV bersama tokoh agama terkenal itu. Ini siri pertama daripada tiga bahagian.
Penerbit: KiniTV, dengan kerjasama Malaysiakini (versi BM)
Hos: Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri
Editor: Azudin Hidzir