Bangunan LHDN ditenggelami air walaupun selepas kerja pembaikan

KiniTV 2015-08-15

Views 0

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mendakwa kerajaan memberi kenyataan bercanggah kepada Ketua Audit Negara berhubung status bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Bangi, yang didapatinya masih terus menakung air setiap kali hujan.

Katanya, pembantu beliau melawat bangunan berkenaan pada Khamis lalu dan mendapati bahagian hadapan dan kawasan letak kereta bawah tanah kompleks di Jabatan Pemprosesan Maklumat bangunan itu terus ditenggelami air.

Share This Video


Download

  
Report form