Spekulasi bahawa Salahuddin Ayub tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden PAS semakin kencang apabila dalam satu kenyataan rasminya hari ini beliau tidak memberi sebarang petunjuk.
Sebaliknya, menurut beliau, keputusan sudah dibuat dan telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti.