Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Muttalib berkata pengangguran di negara ini berada pada tahap yang cukup baik iaitu hanya 3 peratus. Menjawap soalan Datuk Mansor Othman (PKR - Nibong Tebang) di Dewan Rakyat, beliau mengakui bahawa kerajaan tidak mempunyai pangkalan data yang lengkap mengenai graduan yang menganggur di seluruh negara.