Cadangan supaya bahasa istana dikaji semula boleh mencemarkan institusi raja tetapi jika hasrat bagi memperkemaskannya agar tidak bercanggah dengan Islam adalah sesuatu yang baik, kata Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).
Menurut Ketua Satu GAPENA Profesor Datuk Abdul Latiff Abu Bakar yang penting mana-mana pihak yang mahu merombak semula bahasa istana tidak memperlekehkan raja-raja Melayu.