Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak cukup berani untuk mengkritik Amerika Syarikat yang didakwa melakukan kegiatan intipannya di negara ini.
Menurut Anwar, beliau juga hairan kerana tidak ada seorang pun pemimpin Umno khasnya di kalangan ahli Parlimen yang membangkitan isu dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bahawa terdapat ejen CIA di pejabat Peguam Negara.