Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata masyarakat Islam luar negara pelik dengan 'tabiat' amalan masyarakat Melayu di negara ini yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Kata bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu, titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah juga tidak relevan atau terpakai kepada masyarakat bukan Islam.