Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.
Beliau didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan.
Mengikut kertas pertuduhan beliau tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0, dua tahun lalu.