Majlis Peguam menggesa semua partipolitik yang bakal terbabit pada pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac nanti supaya mematuhi peraturan berkaitan tempoh berkempen.
Presidennya, Christopher Leong berkata demikian ketika mengulas kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didakwa kerana sudah mula berkempen walaupun tarikh penamaan calon hanya ditetapkan pada 11 Mac nanti.