Pengundi Kajang sokong pilihan raya kecil bagi Anwar jadi MB

KiniTV 2015-08-14

Views 1

Sebahagian besar pengundi dalam culaan terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menyokong tindakan PKR memaksa pilihan raya DUN Kajang diadakan bagi membolehkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Pengarahnya, Profesor Datuk Mohammad Redzuan Othman berkata 59 peratus daripada 576 orang yang dicula itu menyokong tindakan berkenaan manakala 53 peratus pula berpendapat pilihan raya itu bukan satu pembaziran wang rakyat.

Share This Video


Download

  
Report form