Seramai kira-kira 50 orang rakan terdekat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula sejak dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Universiti Malaya (UM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Umno hadir pada program minum petang bersama beliau.
Antara mereka termasuk bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengasas ABIM Datuk Dr Siddiq Fadzil.