Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempertikaikan kesungguhan calon PKR DUN Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu.
Soalnya, bagaimana Ketua Pembangkang itu mahu menjaga kebajikan rakyat Kajang sekiranya beliau terlalu sibuk mengejar jawatan untuk menjadi menteri besar dan sering ke luar negara.
Malah kata Muhyiddin yang juga adalah Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih baik jika Anwar menyerahkan tugas menjaga rakyat Kajang kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.