Semua Ahli Parlimen seharusnya memberi kefahaman kepada rakyat berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai April 2015, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Seri Paduka bertitah GST bukan cukai tambahan tetapi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada.