Bagi calon PKR DUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakannya bertanding di kawasan itu bukan satu tindakan yang terdesak.
Dalam satu temubual bersama Malaysiakini dan KiniTv, beliau berkata, kehadirannya sebagai calon juga mewakili mangsa ketidakadilan yang ada di negara ini.
Selain itu, walaupun sebelum ini pernah membayangkan bahawa akan berundur dan tidak memegang jawatan penting dalam parti selepas PRU13, namun Wan Azizah berkata, perkara itu tidak akan berlaku buat masa sekarang memandangkan beliau mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.