AMSA gagal temui objek dikesan satelit China

KiniTV 2015-08-13

Views 1

Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi gagal menemui objek yang imejnya dicerap oleh satelit China, meskipun operasi semalam meliputi lokasi objek itu dikesan.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya hari ini, berkata mereka menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian.

Hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, petik kenyataan itu.

Share This Video


Download

  
Report form