Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan parti itu sedang meneliti setiap ucapan perwakilan pada mesyuarat masing-masing di peringkat bahagian dan akan mengenakan tindakan tatatertib jika ada menyimpang daripada etika ditetapkan.
Beliau berkata demikian apabila mengulas kritikan keras perwakilan Wanita Langkawi, Anina Saaduddin terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak.