Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari memaklumkan kepada Dewan Rakyat bagi tahun 2012 dan 2013, enam aduan diterima oleh Suruhanjatya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Daripada jumlah itu, tiga kes dibawa ke mahkamah dan mereka yang terbabit didapati bersalah kerana membekal dan menjual kelengkapan peralatan dan peranti mencuri wi-fi.