Tinggal seminggu lagi sebelum kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang sejak 24 hari lalu mampu mengeluarkan isyarat.
Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari.
Menurut sesetengah pakar, adalah sukar bagi operasi pencarian menjejaki MH370 tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.