MP bimbang kesan kilang besi Kemaman

KiniTV 2015-08-13

Views 1

Pakatan Rakyat meluahkan kebimbangan wujudnya kesan negatif terhadap alam sekitar dan sektor pelancongan di Teluk Kalong, Kemaman Terengganu dan kawasan sekitarnya sekiranya sebuah kilang besi dan keluli dari negara China dibenarkan beroperasi di situ.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Sha, ini kerana kemungkinan berlakunya pencemaran alam sekitar apabila kilang Eastern Steel memproses bijih besi yang mengandungi 'sulfur yang tinggi'.

Share This Video


Download

  
Report form