Walaupun berpegang pada ideologi politik yang berbeza, bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad menyifatkan Karpal Singh, yang terbunuh dalam kemalangan awal pagi tadi sebagai banyak menyumbang kepada negara.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, katanya, Karpal sering mengkritik kerajaan apabila beliau melihat sesuatu perkara yang tidak betul.