Ketika seluruh negara bersedih dengan kemataian Karpal Singh, bekas Naib Presiden PERKASA Datuk Zulkifli Noordin yang juga bekas calon BN seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu.
Malah, kata ahli politik kontroversi itu laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan kini lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.
Tulisnya di Twitter, - "Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!"