TPPA: NGO perubatan minta harga ubat berpatutan

KiniTV 2015-08-12

Views 2

Beberapa NGO dan persatuan berubatan Malaysia merayu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya tidak membenarkan perjanjian perdagangan yang akan mengakibatkan ubat-ubatan menjadi mahal kepada golongan miskin.

Menjelang lawatan Obama pada hujung minggu ini, wakil NGO tersebut, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr NKS Tharmaseelan berkata, dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diketuai oleh Presiden Amerika Syarikat itu, ia membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk memperbaharui paten mereka berulang-ulang kali dan mengakibatkan harga ubat menjadi mahal.

Share This Video


Download

  
Report form