Sekurang-kurangnya 10 individu daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di negara ini akan dipelawa mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada hujung minggu ini.
Menurut seorang wakil NGO yang tidak mahu dikenali antara NGO yang diundang itu termasuk Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih atau BERSIH, Islamic Renaissance Front atau I-R-F dan Majlis Peguam.