Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menempelak Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang mendesak beliau meletakkan jawatan berikutan krisis air di Lembah Kelang.
Katanya, ahli parlimen DAP itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat tuntutan sedemikian dan menepis soalan sama ada kritikan terbuka itu dibuat dengan niat bagi mempengaruhi peluangnya dalam pemilihan parti PKR untuk merebut jawatan timbalan presiden.